Apakah warna pilihan anda?
Semua warna di atas ialah Choice A yang selalu orang biasa guna. Ada yang menggunakan warna ini kerana mereka suka, dan ada juga yang ikut suka guna sahaja. Jika anda rasa warna blog atau apa-apa sahaja milik anda tak elok, anda bolehlah rujuk di sini. Bezakan antara choice A dan choice B di bawah. Perbezaannya amat ketara, Choice A warnanya agak tebal tapi sederhana. Manakala Warna Choice B pula sangat lembut. Kebanyakkan international designer akan menggunakan Warna-warna B.
Warna B ini sesuai untuk anda yang suka pada ketenangan, kelembutan, dan keharmonian. Warna yang lembut juga boleh mengurangkan stress anda. Warna yang lembut amat selesa dilihat berbanding warna-warna lain yang striking, dan terang.
Ramai orang yang langsung tidak memikirkan kepentingan warna. Kadang-kadang mereka membeli sesuatu tanpa memilih warna yang tepat, cat rumah warna yang boleh merosakkan mata, membeli baju warna yang tak sesuai dengan warna kulit dan lain-lain. Sebab itulah, anda akan sentiasa merasa tidak berpuas hati dengan pilihan anda.
Oleh itu, diantara cara yang terbaik untuk anda kenali warna ialah dengan banyakkan melihat warna. Ataupun banyakkan melihat barang kesukaan anda pada warna-warna yang berbeza. Nanti anda akan faham mengapa orang kata warna itu tidak selesa dilihat dan warna itu pula selesa dilihat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment